25 July 2011

Tips kuruskan lengan

salam..

hai3...entry kali ni nak cite sket cara utk kuruskan lengan. kadang2 saiz badan tu kecik je, tp lengan, mak aiii..tumbuh muscle..da cm Rita and Luna dlm WWF. bile pakai baju pon nmpk cm agak huduh dsitu sbb lemak blebihan mmg mcacatkan rupa lengan kite. pastu nampak cam gedabak semacam je, walhal xde la gemuk sgt...ok2, aku de blogwalking semalam then jmpe bbrpe tips yg bgune utk kecikkn sket lengan...

1) Latihan angkat berat
Dengar cam cucah je kan?haa..sebenarnya xdela susah sangat. kalau rajin, boleh pegi gym and dapatkan khidmat nasihat dr coach. kalau xbape nak rajin, spend la sket duet utk beli dumbell, xyah beli besa2,kecik suda...kang jd body builder plak,xmo xmo...tapi kalau kekurangan bajet, ble la gune inisiatif lain dgn isi air dlm botol 1 liter, pastu watla bbrape set 3 kali seminggu...

2) Jaga pemakanan
Hurm, memang tang jaga pemakanan ni agak payah sket, lebih2 lagi pada golongan yg PANTANG nampak, memang dihentam sumenye. neway, cam besela, kena makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan supaya senang lawas. makanan pun mudah dihadamkan. tapi ingat, jangan berlapar...kesannya sgt buruk oke!!!

3) Minum banyak air
Petua yang biase didengar sejak dulu. Dengar cam munah, tp bukan senang nak amalkan. Contohnya bila lunch kt cafe, jarang sekali kite order air kosong kan..masing2 nak pekena air manis je...boleh minum air manis, tp lebihkan minum air kosong...cube, cube, cube...

4) Aerobik
Petua ni utk yg malas nk senaman or jogging. Alasannya, malu la..malasla..xde masa la..adey~
senaman mudah utk kecilkan lengan, wat cm windmill...


senang jeee... sambil2 tengok tv pon leh wat...xkua peluh pon.

5) Boxing
Huhu, ganaih bunyiknye kan. tapi tu la realitinya. Boxing dengan  menumbuk punching bag boleh mcantikkan lengan dan seimbangkan badan. kalau xmo, lehla tumbuk adek2 korang kt uma tu..haha..(gurau wey)

6)Push-up
Hoh, finally...push-up??hui, susahnye..baru start wat 2 3 kali, lengan da lenguh da. maklumla, nak tampung berat badan tu, mmg xlarat. tapi kalau da biasa buat, sonang je. push-up ni boleh kurangkan tisu-tisu lemak yang blebihan kat bawah lengan tu...

mudah je kan..dok umah pon boleh buat senaman ringan ni...yang penting kena sabar and jangan gopoh gapah. rajin usaha tangga kejayaan..mari bsama2 kearah mendapatkan lengan yg cantik..yyiibbbaaa..gud luck!!!

kredit to kevin zahri

23 July 2011

Mengapa Harus Bersedih?

Allah benar janji-Nya. Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa.

Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala.

Kalau kita ukur - banyak mana yang Allah ambil, dibanding dengan banyak mana yang Allah telah beri kepada kita.

Firman Allah:

"Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya." - [Ibrahim 14:34]

Mata, telinga, mulut, kaki dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah. Pandang yang sekitarmu. Apa yang kurang?

Tidak ada apa yang kurang, saudara. Rumah, kereta, isteri, anak-anak, segalanya cukup.

Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita?

Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik?

Allah tarik sesuatu untuk Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil.

Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah.

Firman Allah:

"Jangan takut, jangan berdukacita." - [Al-Ankabut 29:33]

Kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Penyakit yang menimpa.

Masalah keluarga yang banyak. Masalah anak, masalah isteri, masalah jiran, masalah kerja, masalah kereta, masalah itu dan sebagainya.

Maka dia bersedih, dia berdukacita, jiwanya tertekan.

Mengapa harus bersedih? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah?

Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah.

Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidak layak untuk hidup di dunia ini.

Masalah yang besar yang tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan. Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu.

Mungkin kita merasakan bahawa masalah anak yang terlalu menekan.

Anak kita nakal, anak kita degil, anak kita tidak mendengar cakap, anak kita suka melawan, dan sebagainya.

Saudara, bukankah itu mengajak kita berusaha berjihad mendidiknya?!

Dan setiap didikan kita kepada anak kita akan diberikan pahala oleh Allah SWT. Lantas berusahalah untuk mendidiknya, mengajarnya, mengasuhnya, dengan cara yang terbaik.

Apakah ada masalah yang lebih besar di dunia ini daripada masalah berdepan dengan hasutan syaitan, dengan iblis?

Syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan kejahatan, syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan maksiat.

Itu masalah yang besar. Sebab itu mujahadatun-nafs -- melawan nafsu, melawan syaitan, melawan iblis, itu adalah asas kepada perjuangan jihad manusia di muka bumi ini.

Iblis bersumpah dengan Allah SWT bahawa dia akan mengganggu Bani Adam, dia akan menggoda Bani Adam, dia akan menyesatkan Bani Adam. Mereka akan berusaha melakukan itu secara berterusan, sejak kita kecil, dewasa hingga kembali kepada Allah SWT.

Ini masalah yang perlu kita hadapi. Adapun selain daripada itu anggaplah ia asam garam kehidupan.

Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita.

Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, dia menjadi manusia yang tenang, kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.

Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah. Kita setakat berusaha, Allah jua yang menentukan. JANGAN BERSEDIH KERANA DUNIA INI TERLALU HINA UNTUK DITANGISI...

- Artikel iluvislam.com

'Computer' Tips

’Enter’ the masjid,
‘Forward’ your solat,
‘Download’ pahala,
‘Firewall’ your iman,
‘Backspace’ from syaitan,
‘Bookmark’ to ALLAH SWT,
’Delete’ ALLAH’s enemies,
‘Copy paste’ from the Al-Qur’an & Sunnah,
‘Help’ your muslim brothers n sisters,
‘File’ ur amal,
‘Edit’ ur akhlaq
‘View’ your good & bad deeds,
‘Search’ the straight and right path,
And InsyaALLAH you will never get ‘virus’ ^_^

21 July 2011

JAUHKAN RINDU


Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.
Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.
Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.
Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.
Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.
Kini,
Jika  rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.
Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.
Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku  dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.
Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.
Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.
Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi.

Taaruf lagiiii...!!!

salam..
 ok, aku nk kenalkn shbt2 ku..takat tau name je xbest kn..


Aishah a.k.a Cah

elina a.k.a ena

sulaimah a.k.a ley

amaani a.k.a tiz zaqyah..haha

azillah a.k.a lya

finally, akula..buu

haa..inila grup kami...syg dorg sepenuh jiwe ragaku. klu dorg saket, aku pon saket gak...luv u guys..mmuaaahhhh

20 July 2011

Taaruf Sessi0n

salam..
   aha, second entry kali ni mustila berkenaan sahabat2 ku... actually kitorang de 6 org tmasuk aku...ktorg knl sejak skola... kebetulan umah pon dekat2 je. so selalu la ktorang lepak, bdiskusi n bmusyawarah...ok la, dulu tyme skola ktorg de name grup sdiri..ape tah, aku pon xbape nak ingatla. maklumla, sejak da mjangkau usia emas ni, serba serbi da x ingat...(bagus gak aku da lupe, klu x mmg memalukan, wakaka).

   ecah- die ni aku knl sejak darjah 2. ktorang 1 klas, die dok kt blakang aku, tepi tingkap. aku xtaula die ingat lagi ke x. time tu aku xbape nak suke nk kawan ngan die...sebab?? hurm, sebabnye perangai die cm jantan. kawan p0mpuan pon xbanyak, gurau kaso, suara p0n kuat, ah pendek kate die ni memang annoying giler ah..(hahaha, sowi cah..aku kan jujur 0rgnye..)

ena- makcik ni lak aku knl sejak tabika kemas lagi. die ni mmg paling sensitif am0ng ktorg sume. mmg tlebey emo la. sket2 nak nangis..mase tadika dlu, ari2 die nanges, aku yg dok sebelah die ni smpai naek rimas, menyampah sume de..ktorg bpisah n then jmpe balek mse form 1. sejak tu aku rpt balek ngn die.

amani- hehe, ktorang b2 kenal mase darjah 2..(same klas ngn si ecah). dlu si amani ni bestfren aku. tp aku xpasti la die igt ke x..rasenye cm xingat..ahaha,lantokla. ktorg g mane2 sesame. aku ni kuat jeles, pantang tgk sesape rapat ngn die, mulela nk tarik muncung. si minah ni plak, bile aku majok, die hulur duet kt aku. konon2 die nk totop mulut aku. then de skali tu aku sound die, aku ckp " wei, ko igt aku ni mate duitan ke? aku xmo ko rapat ngn org len, aku xsuke.." rase diri aku teramat poyo ketike itu...malunyeee

lya- hee, markonah ni klu xslp aku knl die time skola rendah agame. die ni pgawas yg sgt garang. aku kenal pon gitu2 je. xpenah ckp pon ngn die. then mse form 4, die masuk skola aku, ktorg bkwn. tp sygnye die xbape nk sudi bkwn ngn ktorg...mybe ktorg hot kot..hahaha, prasan!!!

ley- datin ni aku knl mase form 2. aku tukar tmpt duduk, sbb myampah ngn senah sebelah aku. die asyik nk tengok muke kt cermin, pastu suh aku komen, "elok x tudung die?". aku xdela kesah sgt, tp klu dlm sehari da 20 kali tanye, xke hangen 1 bdn ni..?? pastu aku knl ley, ktorg trs jd bestfren sejak tu. mule2 mmg xbape senang ngn die, tp lame2 okla, die 1 kepala..mmg kembar la ktorg.

ktorg b6 mule rpt start form 4, pastu mse f5 ktorg de join la seminar pe tah, setiap sabtu kne g sane. ktorg maken rpt n rpt n rpt hingga ke hari ni...bangge aku de kwn cm dorg. aku hrp pshbtn ktorg akn kekal smpai bebile..amin =)

salam

assalamualaikum


    Alhamdulillah akhirnya tcapai juge hasrat ana utk mhasilkan special blog buat teman2 sehidup semati ku..ewaaahhh..pd kengkawan sume cah, lya, ena, amani n ley, aku wat blog ni khas utk korg tau...tharu x?wakaka...
     neway, nnt ble la kalian update pape kt blog ni ye..n rajin2la jenguk blog ni..jgn biarkan smpai bsawang k..sorila klu layout ke xbape lawo, aku bru bjinak2 ngn dunia blog neh..heheh. orait tu je rasenye sbg muqaddimah..i luv u all..muchi2..adios


salam